(17) Gambar Perkahwinan Penyanyi Syella Kamaruddin Yang Bernilai RM15 Juta

Penyanyi Syella Kamaruddin yang terkenal dengan lagu ‘Menangis Dalam Hujan’ difahamkan telah diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas. Menurut sumber, dia bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga dengan menjual nasi lemak telah berubah sekelip mata.

Syella Kamaruddin berkahwin dengan VVIP




Sumber turut menambah, Syella Kamaruddin menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.



Kata sumber lagi, Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place mengadakan majlis perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. Juga dengarnya Syella juga bersanding berseorangan tanpa suaminya diatas sebab tertentu.
Menerima hantaran Banglo dan kereta  mewah 
Syella Kamaruddin dengan hantaran perkahwinannya




Info dari ohbulan.com  dan ArtchanAli-Photography


0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story