Bapa hutang hospital punca tiada sijil lahir

 
Anuar (kiri) dan isterinya Narsabah (kanan) bersama 12 orang anak mereka di Pengkalan Rama Pantai, Melaka semalam. MELAKA – Kegagalan sepasang suami isteri, Anuar Abdul Latiff, 44, dan Narsabah Alias, 44, membayar kos perubatan kira-kira RM2,000 semasa isterinya melahirkan lima anak mereka di sebuah hospital kerajaan di sini menyebabkan kanak-kanak berkenaan berhadapan dengan kesukaran mendapatkan dokumen pengenalan diri.
Berikutan itu juga, kelima-lima anak pasangan tersebut iaitu Muhammad Khairul, 13; Siti Amira, 12; Siti Umaira, 8; Ahmad Isaad, 6; dan Siti Noor Farhana, 4, menghadapi masalah persekolahan apabila surat pengesahan sijil lahir mereka sehingga hari ini ditahan oleh pihak hospital.
SUMBER : KOSMO

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story