India – Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).
Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri
Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi
online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah
sebanyak AS$200 (RM620).
“Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak,” katanya.
Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).
Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang
bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas,
Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di
bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan
perakaunan.
Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.
“Kami cuba untuk memastikan apa yang silap,” kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.
“Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai,” tambahnya.
Sumber : www.malaysiasensasi
0 comments:
Post a Comment