SEGAMAT: Dia layak digelar cucu iblis kerana selain suka mengintai
neneknya berusia 77 tahun yang mandi bogel, remaja berusia 14 tahun
terbabit turut berani mencopet barang kemas dan wang tunai milik warga
emas berkenaan dianggarkan bernilai RM2,000.
Remaja lelaki itu sudah lama diberhentikan sekolah berikutan masalah
disiplin selain terbabit dalam pelbagai masalah sosial termasuk bergaduh
dan membuli.
Namun, kejadian kira-kira jam 8 malam pada 18 Mei lalu, remaja
terbabit bertindak di luar batasan apabila menyelinap masuk ke rumah
neneknya sebaik menyedari warga emas itu sedang mandi dan tinggal di
rumah berseorangan.
Dia yang tinggal berhampiran rumah neneknya di Batu 11 Jementah, dekat
sini, mengambil kesempatan mengintai warga emas itu sedang mandi bogel
sebelum mengambil pakaian nenek yang digantungkan di pintu bilik air
berkenaan.
Suspek yang tahu pakaian itu berisi barang kemas termasuk rantai dan
wang tunai, kemudian melarikan barangan terbabit selepas puas melihat
aksi bogel warga emas terbabit mandi.
Mangsa tinggal bersendirian di rumah itu selepas kematian suami
beberapa tahun lalu hanya menyedari persalinan bersama barangan
berharganya hilang sebaik selesai mandi.
Pada awalnya, dia yang tidak mengesyaki cucunya dalang mencuri barangan
dan wang tunainya itu melaporkan kejadian kepada polis pada keesokan
harinya.
Warga emas itu datang bersendirian ke balai polis di sini bagi
membuat laporan memaklumkan pernah beberapa kali rumahnya dipecah masuk,
tetapi sebelum itu hanya membabitkan kerugian kecil.
Malah, nenek terbabit memberitahu anggota polis bahawa kecurian sering berlaku setiap kali dia mandi.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata,
bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota yang ditugaskan menyiasat
kes berkenaan akhirnya menyelesaikan misteri kehilangan pakaian nenek
terbabit dalam masa kurang 24 jam.
“Kami menahan suspek berusia 14 tahun itu di sebuah rumah berhampiran kira-kira jam 6 petang hari kejadian itu dilaporkan.
“Hasil serbuan, polis menemui sejumlah wang tunai iaitu baki duit yang
dicuri berjumlah RM150 dan dua telefon bimbit selain seutas rantai dan
gelang tangan,” katanya ketika ditemui.
Abdul Majid berkata, siasatan awal mendapati dua telefon bimbit yang
dirampas itu disyaki dibeli suspek menggunakan wang yang dicuri daripada
neneknya.
Beliau mendedahkan, remaja terbabit cuba mengaitkan kejadian yang
dilakukannya seorang diri itu turut dilakukan bersama beberapa rakan
lain.
“Namun, selepas soal siasat, kami mendapati semua cerita itu helah
belaka, malah suspek kemudian mengaku mengadakan cerita kerana sering
dibuli rakan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, remaja terbabit belum sempat menggadai atau
menjual barangan kemas curi yang ditemui disembunyikan di bawah tikar di
rumahnya.
Beliau mendedahkan, remaja terbabit cuba mengaitkan kejadian yang
dilakukannya seorang diri itu turut dilakukan bersama beberapa rakan
lain.
“Namun, selepas soal siasat, kami mendapati semua cerita itu helah
belaka, malah suspek kemudian mengaku mengadakan cerita kerana sering
dibuli rakannya,” katanya.
0 comments:
Post a Comment