KUALA LUMPUR – Menjijikkan apabila ada golongan remaja masa kini
ibarat gila seks apabila mereka dengan selamba mewujudkan beberapa akaun
yang memuatkan gambar-gambar lucah membabitkan wanita tempatan atau
warga asing menerusi laman sosial Facebook.
Tinjauan Kosmo! mendapati sekurang-kurangnya terdapat 15 akaun
sedemikian telah diwujudkan dan telah menarik minat lebih 1,000 pelayar
Internet yang rata-ratanya remaja untuk menjadi pengikut.
Kesan perbuatan itu bukan sahaja bakal melahirkan remaja yang rosak
akhlak malah bakal menjadikan laman sosial yang popular pada masa kini
medan untuk menyiarkan gambar-gambar yang mengaibkan.
Difahamkan, pengguna Internet yang ingin menjadi pengikut hanya perlu
menekan butang like (suka) pada papan pemuka akaun tersebut sebelum
diterima masuk oleh pereka laman seks tersebut.
Lebih memalukan, sebaik diterima masuk tanpa disedari segala aktiviti
mereka berkaitan akaun itu akan dipaparkan di dinding Facebook
masing-masing dan semua gambar-gambar tidak senonoh itu turut boleh
dilihat oleh rakan-rakan lain.
Keadaan yang berlaku itu dilihat sangat membimbangkan kerana ia
merupakan punca kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi muda masa
kini.
Lambakan laman-laman web yang wujud itu boleh mempengaruhi minda
terutamanya golongan remaja yang semakin meminati laman sosial berkenaan
pada masa kini.
Sumber: kosmo
0 comments:
Post a Comment