Gambar pra-perkahwinan Nurul Syuhada Nurul Ain-TV3

 Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, mengesahkan akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai bank pada Julai, namun dia masih berahsia tentang tarikh perkahwinannya.

Rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lalu dan kedua-dua belah pihak telah menetapkan untuk melangsungkan majlis bertunang dan akad nikah serentak pada Julai. Bakal suaminya ialah Raja Amir Raja Azwa,29, yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.


Perkahwinan pasangan ini akan di buat secara tertutup. Mengikut sumber pihak TV3 yang dihubungi memberitahu majlis persandingan akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. Upacara pernikahan pula akan dijalankan seminggu lebih awal.

Dalam pada itu, majlis sebelah pihak lelaki dijangka akan berlangsung pada September atau Oktober depan di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Nurul Syuhada yang dihubungi untuk bercerita tentang majlis itu tidak dapat memberi komen lanjut kerana perkara itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak TV3 terlebih dahulu.kredit to qimie




kredit to thephotographer

Agaknya TV3 akan membuat siaran langsung secara ekskusif kot, sampai susah sangat nak beri tarikhnya. Kita tunggu ajelah macam mana ye. Hanya gambar pra perkahwinan aje yang dapat di share. Sekarang ni ramai pula yang buat gambar pra perkahwinankan, hari tu Noh dan Mizz Nina pun buat juga. Romantik sangat gambarnya suka tengok.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story