Gambar: Rosyam Nor Lepas Geram Dalam KL Gangster 2.



Sumber Gambar: Berita harian Online


Lagi post pasal dunia hiburan. Kali ini pasal hero Malaya Rosyam Nor. Otai dalam dunia lakonan dan perfileman. Boleh dikategorikan sebagai lagend.

Seperti yang ramai tahu, Rosyam Nor sedang terlibat dengan Filem yang KL Gangster 2, yang juga filem sekual untuk Filem KL Gangster, filem yang mendapat kutipan paling tinggi lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra arahan oleh Shamsul Yusof. Pengarah terbaik Malaysia setakat ini.

Dalam Filem KL Gangster 2 ini, memang Rosyam Nor melepaskan geram kerana banyak melakukan aksi lagak ngeri sendiri dan ini membuktikan walaupun usia dah tak muda lagi, Rosyam Nor masih mampu melakukan aksi lagak ngeri dalam filem.

Mesti kita semua tertunggu-tunggu hasil kerja tangan terbaru Shamsul, KL Gangster 2. Mungkinkah filem ini bakal mencipta rekod dan fenomena baru dunia perfileman. Sama-sama kita tunggu.

Kalau dari segi barisan pelakon, memang akan terjadi fenomena baru. Barisan pelakon memang mantap, Aaaron Aziz, Adi Putra, Shamsul Yusof, ditambah pulak dengan Hero Malaya, Rosyam Nor yang memang sudah ada peminat sendiri dalam dunia lakonan nie.

Apapun, sama-samala kita sokong filem tempatan yer.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story