Ibu Keji, Sanggup Bunuh Anak Sendiri Agar Dapat Klaim Insurans



‘Kasih Ibu Sepanjang Masa”. Pepatah ini sepertinya tidak berlaku bagi seorang ibu bernama Susan Hendricks (48). Kerana demi mendapatkan wang insurans dia rela membunuh kedua anaknya. Seperti dikutip Reuters, ibu dari South Carolina ini cuba membela diri dengan mengatakan kepada polis bahawa anaknya yang telah membunuh tiga anggota keluarga sebelum akhirnya bunuh diri.


Namun, alibi Susan tidak boleh diterima sehingga ibu berusia 48 tahun itu didakwa atas tuduhan pembunuhan demi memperoleh wang insurans. ”Susan Hendricks (48) ditahan kerana membunuh dua anak lelaki, bekas suami dan ibu tirinya setelah ditahan di sebuah motel pada Isnin malam,” kata polisi.


Susan juga dituduh  atas kepemilikan senjata selama melakukan aksi jenayahnya. Yakni, sebuah pistol yang disimpan di dalam almari kecilnya. Polis dipanggil ke sebuah rumah di Liberty, South Carolina, pada 14 Oktober, kata Asisten Ketua Polis Pickens County Tim Morgan.


Berdasarkan penyelidikan di Tempat Kejadian Perkara (TKP) serta barang bukti forensik dan wawancara dengan anggota keluarga, polis menyimpulkan keterangan yang disampaikan Susan tidak benar. Anggota keluarga memberitahu polis mengenai motif Susan sebenarnya adalah klaim insurans. Susan akan menerima wang insuransberlipat-lipat dari para korban jika aksinya berhasil.


sumber:borakkosong

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story