KAMAL ASHNAWI, Orang Terkaya Dunia Berasal Dari Malaysia

Hangat berita di hari minggu ini dengan berita mengenai Kamal Ashnawai (KA). Bukan artis, bukan ahli politik tetapi seorang ahli perniagaan yang mengaku memiliki kekayaan bernilai RM20 trilion.

Dengan jumlah kekayaan sebegini banyak, beliau adalah orang terkaya di dunia dan mampu mengatasi Carlos Slim dari Mexico dan juga Bill Gates, pengasas Microsoft. 2 insan ini sudah diketahui ramai kekayaannya dan memang tidak boleh dinafikan lagi.

Tapi, Kamal Ashnawi ini, betul atau tidak, kesahihannya masih belum terbukti. Forbes belum keluarkan kenyataan lagi untuk mengiktiraf kekayaan beliau.

Lagi dakwaan Kamal Ashnawi ini adalah, beliau memiliki kekayaan yang merupakan warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral or the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada tahun 1875. Namun begitu, kesahihannya belum lagi terbukti.

Selain itu, Kamal Ashnawi juga mendakwa beliau adalah seorang yang berketurunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan nama dirajanya adalah Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wibowo dan paling penting adalah beliau mendakwa bakal menjadi maharaja Indonesia beberapa tahun lagi.

Adakah dakwaan Kamal Ashnawi ini semuanya benar atau tidak, sama-samalah kita tunggu yer. Kita boleh mengaku macam-macam, tetapi selagi tak dibuktikan kesahihannya, orang boleh katakan ia menipu dan merepek.

Tapi kalau benar dakwaan Kaman Ashnawi, memang kaya sangatlah beliau nie sebab tiada lagi manusia di dunia ini yang mempunyai kekayaan berjumlah TRILION, setakat ini hanya mencecah Billion sahaja.

Sumber: Mingguan Malaysia, Utusan.

1 comments:

noranurulzalina said...

indahnya andai sebanyak itu ingat allah,sedekah ke jalan allah...bina rumah2 allah maka bertambah kaya di alam syurga..muga insan yg kaya tetap kaya dengan jiwa raga sedekah ke jalan allah.>

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story