Kapal Terbalik Beralih Kedudukan



PULAU GIGLIO, Itali – Para penyelamat yang mencari 20 orang yang masih hilang dalam tragedi sebuah kapal pesiaran mewah terbalik di sini menggantung operasi menyelamat, kata seorang jurucakap semalam.
Menurut jurucakap operasi itu, Luca Cari, tindakan tersebut terpaksa dibuat kerana kapal berkenaan, Costa Concordia didapati beralih kedudukan.
“Peralatan-perlatan menunjukkan bahawa kapal tersebut bergerak. Kami dalam proses untuk menilai jika menemui kedudukan itu terhenti bagi membolehkan kami menyambung semula (operasi tersebut),” katanya.
Kerja-kerja menyelamat itu dihentikan pada pukul 8 pagi waktu tempatan.
Jumlah kematian adalah seramai sebelas orang namun 20 lagi dipercayai masih hilang ekoran kejadian tersebut yang berlaku pada Jumaat lalu.
Kapal itu yang membawa lebih 4,000 penumpang terbalik selepas ia terlanggar batu.
Kapten kapal itu, Francesco Schettino telah ditahan di rumah dan berdepan dengan dakwaan melakukan pembunuhan besar-besaran.
Sementara itu, Schettino juga menafikan dia telah meninggalkan kapal berkenaan ketika ramai penumpang belum keluar sepenuhnya dari Costa Concordia.
Kenyataan itu dibuat oleh peguamnya, Bruno Leoratti.
Menurutnya, tindakan kapten kapal itu mengemudikan Costa Concordia ke pulau berkenaan selepas melanggar batu telah menyebabkan ribuan penduduk selamat. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story