Sinopsis Drama Vanilla Coklat Slot Lestary TV3

Bagi penonton² yang setia mengikuti Slot Lestary TV3 pada setiap malam Selasa. Mungkin anda dah tahu, semalam adalah episod terakhir Drama Cinta Elisa. Selepas ini, Drama Vanilla Coklat pula akan mengambil tempat dan akan ditayangkan bermula pada 20hb Disember 2011.

Sinopsis+Vanilla+Coklat+Lestary+Tv3

Drama Vanilla Coklat yang dibintangi oleh pelakon² hebat seperti Izara Aishah, Aiman Mentor, dan Iqram Dinzly sememangnya drama yang aku agak memang best. Semalam dari promo yang aku tengok kat TV. Drama ni merupakan drama yang berunsur komedi romantik. Bayangkan rupa Vanilla dan Coklat. Tentu jauh bezakan ! Namun, sekiranya vanilla dan coklat bersatu. Pehhh .. sedap tak terkata ! hehehhe ..

Ok la. Aku pun tak nak cakap banyak. Korang layan dulu sinopsis drama vanilla coklat ini. Nanti kalau ada video promo. Aku akan kemaskini lagi. Ok .. layannnn ..

Sinopsis Drama Vanilla Coklat Slot Lestary TV3

Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain. Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela. Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing².

Selepas itu, apakah yang akan berlaku ? Adakah mereka akan jatuh cinta ataupun terus membenci diantara satu sama lain dan seterusnya memutuskan untuk bercerai ? Jadi sekiranya anda ingin menetahui kebenarannya. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini yang akan dipaparkan bermula pada setiap hari selasa pukul 9 malam bermula 20 December ini.

Anastasyea : Vanilla coklat .. macam pernah dengar je .. dimana ye ?

Sumber Rujukan: Anastasyea Blog 

1 comments:

Muhammad Ihsan said...

Hahaha ....
sekrang niii semua dah tamat ...
baru saja habis tonton...

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story