Kisah-Kisah Lucu Dunia Pelacuran


Mungkin benar kenyataan bahawa industri pelacuran merupakan satu industri tertua di dunia dan dikatakan mendapat sambutan tanpa mengira di mana saja ia dijalankan.
Sama ada ia dijalankan di hotel-hotel besar bertaraf lima bintang atau hanya beroperasi di lorong-lorong gelap dan hanyir, industri tidak bermoral ini tetap mendapat sambutan.
Bak kata pepatah ekonomi, ‘di mana ada permintaan, di situ ada penawaran’.
Peliknya nafsu manusia ini, mereka sanggup melanggan pelacur di mana saja ia ditawarkan, walau berapa bayaran yang dikenakan atau bahaya penyakit yang menanti mereka.
Lorong Hj. Taib yang terletak di antara Jalan Chow Kit dan Jalan Raja Laut dahulu dikatakan pernah menjadi sarang pelacuran yang terkenal di sini.
Namun setelah lorong yang hanyir itu kerap diserbu pihak berkuasa, diubah suai suasananya untuk menjadi lebih terang dan selamat, kawasan panas itu boleh dikatakan agak ‘bersih’ dari sindiket menjijikkan itu.
Meskipun begitu, dipercayai masih tertinggal saki baki golongan pondan dan penagih dadah yang berkeliaran di situ kerana masih ada lelaki ‘hidung belang’ yang melakukan ‘permintaan’.
Lain pula halnya di China apabila dikatakan bahawa sindiket pelacuran dijalankan secara berleluasa dan mendatangkan keuntungan lumayan kepada mereka yang menceburkan diri dalam industri tersebut.
Misalnya, seorang lelaki yang pernah ditangkap pihak berkuasa di negara itu sanggup menyamar diri memakai buah dada palsu, rambut palsu dan berpakaian seperti wanita semata-mata untuk mencari sesuap nasi.
Lelaki ini didakwa sanggup menyamar sebagai pelacur wanita di China dan memakai buah dada palsu untuk kelihatan lebih mengiurkan…
Lelaki rupanya..!!!
Paling mengejutkan ialah aktiviti pelacuran di negara-negara Eropah di mana industri itu dijalankan dengan cara lebih menjijikkan.
Contoh terbaik ialah di Itali di mana pelacur-pelacur yang dipercayai berasal dari Nigeria dan penduduk tempatan menjalankan operasi pelacuran mereka di tepi jalan, di belukar kecil, di bawah pokok dan rumpunan rumput secara terang-terangan.
Pelanggannya hanya perlu memberhentikan kenderaan, melakukan proses tawar menawar, bayar, ‘ehem-ehem’, selesai dan terus ‘cabut’ dari lokasi tersebut.
Penulis tertanya-tanya, apakah ia melambangkan sebuah ketamadunan atau ia lebih kepada satu budaya yang sangat meloyakan?
Penulis rasa amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim yang diberi garis panduan melalui Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma’ Ulama untuk menjalani hidup di sebuah negara Islam fundemental yang bernama Malaysia.
Meskipun masih sedikit dicacatkan dengan kewujudan aktiviti tidak bermoral itu, pihak berkuasa negara ini kerap melakukan operasi membanteras perniagaan haram itu dan ia dapat dibendung untuk tidak menjadi seburuk yang belaku di China, Itali dan negara-negara lain.
Diharapkan juga golongan lelaki di negara ini untuk tidak berminat dengan aktiviti melanggan dan melakukan ‘permintaan’ terhadap industri itu memandangkan ia adalah salah sama sekali dari segi agama, moral dan perundangan negara ini.
Firman Allah SWT secara jahrah (jelas dan terang) di dalam Al-Quran yang bermaksud;
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan),” surah Al-Isra’, ayat 32.
Dan penulis tidak mahu sama sekali industri tertua di dunia itu menimbulkan kerosakan di negara yang kita cintai ini. Wallahua’alam. – Mynewshub.my
‘Ehem-ehem’ di dalam belukar, ada yang berselera?
Bagaimana pula yang ini?
Di mana ada permintaan, di situ ada penawaran…
Pelacur Nigeria sedang menunggu pelanggan di tepi jalan di Itali…





Ada sedikit bumbung, mungkin khuatir basah ditimpa hujan…

Bawah pokok di tengah kawasan lapang, terbuka…
Selesa dengan tilam dan cadar dengan suasana alam sekitar begini?
Entah apa yang difikirkan pelacur ini…

Mungkin letih melayan pelanggan? Atau tertidur bosan kerana tiada pelanggan?

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story