Perang Bola Sepak Paling Buruk Dunia - 73 maut, 1000 cedera di Egypt!


Perang Bola Sepak Paling Buruk Dunia - 73 maut, 1000 cedera di Egypt. (Bilangan kematian meingkat kepada lebih 100 orang kerana segelintir yang cedera parah tidak dapat diselamatkan)

Apa dah jadi dengan sukan? Semalam seramai 73 orang penyokong maut serta lebih seribu yang cedera selepas berlaku 'perang' bola sepak di Egypt. 'Perang' ini berlaku sejurus selepas pengadil meniup wisel penamat perlawanan antara Al Ahli (kelab paling top di Egypt) menentang Al-Masry. Keputusan akhir dimenangi oleh Al-Masry dengan 3-1 tetapi penyokong kelab Al-Masry yang mulai 'perang' bola sepak ini. 

Penyokong Al-Marsy meluru masuk ke padang dan menyerang pemain Al Ahli . Menurut sumber, terdapat penyokong yang membaling pelbagai benda termasuk batu ke arah pemain. Persatuan Bola Sepak Egypt kini dikecam kerana di stadium tersebut langsung tidak mempunyai kawasan keselamatan yang ketat serta persedian ambulans untuk kecemasan.

Ini kata seorang pemain : 'This is not football. This is a war and people are dying in front of us. There is no movement and no security and no ambulances.

sumber: uptomu

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story