Serangan Seksual & Rogol: Penyanyi Kumpulan R&B Dibebaskan Dengan Jaminan Polis



KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi kumpulan R&B yang ditahan polis baru-baru ini atas tuduhan melakukan serangan seksual dan merogol anak tiri nya telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.
Menurut laporan yang dipetik dari ruangan gosip Rotikaya.com, pihak polis masih lagi menunggu hasil laporan pemeriksaan kimia, keputusan DNA dan sampel darah dari tertuduh sebelum meneruskan siasatan kes jenayah itu.
Proses menunggu segala keputusan pemeriksaan itu dijangka mengambil masa hampir sebulan terhadap penyanyi lelaki itu yang didakwa ‘melakukan ’ jenayah itu selama hampir tujuh tahun terhadap anak tirinya.
Bagaimanapun, identiti penyanyi lelaki tersebut masih lagi dirahsiakan memandangkan siasatan lanjut berhubung kes itu masih lagi dijalankan.
Sebelum ini, kecoh seketika dengan kes seorang penyanyi dari sebuah kumpulan R&B ditahan  pihak berkuasa atas tuduhan melakukan serangan seksual dan merogol anak tirinya.
Penyanyi kumpulan R&B itu ditahan di kediamannya di Gombak Jaya pada 19 Februari lalu selepas mangsa membuat laporan polis pada 18 Januari.
Kes itu menjadi semakin sensasi dan panas apabila secara tiba-tiba, Wan Shades yang merupakan vokalis bagi kumpulan Shades pula difitnah dengan dikatakan sebagai suspek dalam kes serangan seksual itu.
Namun, Wan Shades telah pun membuat laporan polis bagi menuntut pembelaan di atas tuduhan dan fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya yang menyebabkan reputasi serta imejnya sebagai artis tercalar.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story