Kantoi Berasmara Dengan Isterinya, Suami Biarkan Kekasih Isteri Bogel Kesejukan


SUN MENG berdiri di atas alat pemampat pendingin hawa setelah dikejar suami kekasihnya di Chengdu, China baru-baru ini.
SEORANG lelaki China, Sun Meng, 25, yang ditangkap sedang bermadu asmara bersama kekasihnya bertindak melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dikejar suami wanita tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun langkah Sun Meng tidak panjang kerana dia hanya mampu berdiri di atas sebuah unit pemampat luar pendingin udara di Chengdu, 2,064 kilometer dari Beijing.
Drama itu mula mendapat perhatian ramai setelah si suami yang geram mengutuk perbuatan Sun Meng malah ada jiran bertindak merakam gambar suspek dalam keadaan bogel serta menggigil.

Foto bogel Sun Meng kemudian dihantar untuk siaran sebuah laman web komuniti tempatan.
Kata Sun Meng, ramai jiran mentertawakan dirinya apabila melihat dia berbogel tetapi katanya, tidak ramai mengetahui suasana di luar pada waktu itu amat sejuk. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story