Permohonan KPLSPM Maktab Perguruan PISMP 2012


Terbaru
IPG 2012

Bagi calon lepasan SPM sebelum ini menantikan permohonan ke maktab perguruan atau KPLSPM yang mana kini dipanggil PISMP 2012, iklan permohonan telahpun dibuka untuk tindakan pemohon.
Sebelum ini, program yang dahulunya dipanggil maktab perguruan, ditukar ke Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia KPLSPM dan kini dipanggil Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Oleh demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia Memperlawa lepasan SPM yang berminat untuk memohon mengikut maklumat yang disertakan dibawah :

 Maklumat Program:

 Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujuan
Mod Kursus: Sepenuh Masa

Struktur Program

 Program Persediaan: Lapan Belas Bulan (tiga Semester)
Program Ijazah: Empat Tahun (Empat Semester)

 Syarat dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta ; lulus Bahasa Inggeris, Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

 Program Pengajian Yang Ditawarkan

 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG)/Maktab Perguruan dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

 Bidang Pengkhususan yang Ditawarkan

1.  Sekolah Kebangsaan (SK)
2.  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
3.  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

CARA MEMOHON

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my) mulai 22 Mac 2012
  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 22 Mac 2012 dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 5 April 2012.

Makluman dan Perhatian

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Diharapkan maklumat bekenaan permohonan KPLSPM 2012 atau PISMP perguruan ini memberikan berita gembira kepada yang ingin memohon dan layak memohon.


Rujukan : http://www.xpresi.org/permohonan-kplspm-maktab-perguruan-pismp-2012/#ixzz1prEYeLrE

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story