Suspek Bunuh Isteri Jalani Ujian Psikologi



KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang disyaki menikam isterinya sehingga mati di Pangsapuri Permai, Sungai Besi, Jumaat lepas akan dihantar ke hospital mental untuk menjalani ujian psikologi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki yang direman sehingga Jumaat ini, mempunyai sedikit gangguan mental.
“Kami akan rujuk suspek ini ke hospital mental berdekatan bagi menjalani ujian kesihatan mental. Kami mahu dapatkan maklum balas tentang kesihatan mentalnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Mohmad Salleh berkata, siasatan polis juga mendapati suspek berumur 42 tahun itu bukan berada di bawah pengaruh dadah. — BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story