Alasan Suami Tidak Masuk Akal

Alasan Suami Tidak Masuk Akal

PETALING JAYA – Pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar berkeras tidak mahu diceraikan oleh suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak selepas mendakwa alasan yang diberikan lelaki itu bahawa mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman sebagai tidak masuk akal.
Ketika prosiding di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, Rita, 36, yang diwakili peguam Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu, dia tetap ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 25 tahun itu ekoran tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan suaminya.
Dakwa Zaidi, anak guamnya membantah perceraian tersebut kerana mahukan perbincangan secara baik diadakan terlebih dahulu.
“Mohd. Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka atau secara maya dengan anak guam saya sejak meninggalkan rumah pada 10 Januari lalu.
“Jika perceraian dipersetujui secara drastik, ia tidak adil bagi pihak anak guam saya kerana dia mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan, kalau hendak bercerai pun, biarlah alasan itu berbaloi,” katanya. - Kosmo Online

2 comments:

Anonymous said...

nasihat kepada wanita-wanita yang ingin berkahwin carilah lelaki yang matang dan tahu bertanggungjawab. jangan kahwin dengan "anak manja" buruk padahnya.

Anonymous said...

hahahahahaaaa.... mau cari llaki pun tgk laaa dlu mcm mna orgnya.. jgn tgk dia pemain bola famous sna trus mau... hmm mmg mnyesal laaa d blakang hri... judge llaki tu dri kematangan dia dan kebaikan dia... peace.. ^_^

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story