APA ITU MATI PUCUK?LELAKI BACA INFO NI..


Dengar je, dh boleh wat sume lelaki kt luar sana gerun. Masakan tidak, lelaki mne yg nk mati pucuk. Ini akan menyebabkan kelakian seseorang itu akan hilang. Apa itu mati pucuk? Mcm mne nk tau yg kita mati pucuk? Ada x cara nk elakkan mati pucuk? Tu yg Dunia Lelaki akan bincangkan kali ni. Jd, jom baca dgn teliti…
APA ITU MATI PUCUK?
Mati pucuk, atau erectile dysfunction (ED) adalah ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yg cukup lama untuk memenuhi kepuasan seks.
ADAKAH INI SATU PENYAKIT?
Tidak!! Semua lelaki diluar sana, perlu diingatkan bahawa mati pucuk bukanlah satu penyakit. Ini seringkali disalahertikan oleh kebanyakan lelaki. Mati pucuk adalah satu simptom kepada penyakit. Apa dia? SIMPTOM… ataupun tanda-tanda. Mati pucuk atau ED adalah simptom kepada penyakit Andropause.
PUNCA MATI PUCUK
Kebanyakan mereka yg mati pucuk adalah disebabkan masalah kesihatan, seperti peningkatan kolestrol dlm darah dan lain-lain.
  • Diabetes
  • Darah tinggi
  • Penyakit mental
  • Kecederaan pada otak & saraf tunjang
  • Masalah hormon
  • Penyakit hati & buah pinggang
  • Parkinson
  • Angin ahmar
Selain itu, mati pucuk juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan. Ini bermakna, pengambilan ubat perlulah mendapat pengawasan dari doktor dlm jumlah yg dibenarkan. Gaya hidup yg tidak sihat juga boleh mengundang kepada mati pucuk seperti merokok, meminum minuman beralkohol, stress yang melampau dan gaya pemakanan yang tak seimbang.
KESAN MATI PUCUK
Mati pucuk boleh menyebabkan seseorang itu lebih cenderung utk memencilkan diri dan bersendirian. Di samping itu, mati pucuk juga boleh menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan diri, lebih2 lagi ketika mahu melakukan seks.


RAWATAN MATI PUCUK
Terdapat ubat-ubatan yg dipercayai boleh merawat mati pucuk dlm bentuk pil ataupun suntikan. Rawatan vakum khas dan pembedahan implan juga salah satu rawatan utk mati pucuk sekiranya pil & suntikan tidak boleh merawat mati pucuk. Tetapi, seeloknya haruslah mendapat nasihat dan penerangan daripada doktor pakar.
CARA MENGELAKKAN MATI PUCUK
  • Kekalkan berat badan yg sihat dan ideal
  • Jaga tekanan darah dan kolestrol dlm badan
  • Elakkan pengambilan minuman beralkohol
  • Amalkan senaman sihat
  • Berhenti merokok
  • Elakkan hubungan seks yang terlalu agresif
  • Jalani pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan
Jadi, kepada semua lelaki2 di luar sana, jalanilah kehidupan yg sihat agar kita terhindar dari segala ‘mimpi ngeri’ yang ditakuti oleh semua lelaki. Bak kata pepatah, “menghindari lebih baik dari mengubati“. Renung2kanlah… Demi masa depan yg lebih baik dan berkualiti. Sekian…

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story