(Gambar) Perhimpunan Demo Anti PTPTN – Mansuh PTPTN 14 April 2012


Apa nak jadilah budak-budak sekarang, belum keluar dari institut pengajian dah buat kecoh. Adakah ini kesan daripada undang-undang baru NegaraMalaysia di mana semua pelajar dibenarkan mengundi dan berpolitik? Tak pun kesan daripada ucapan seorang ‘Tokoh Negara’ yang mengatakan akanmemansuhkan PTPTN sekiranya beliau menang dalam Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13)?
Ini adalah Gambar Sekitar Perhimpunan Demo Anti PTPTN yang telah diadakan pada 14 April 2012. Pelajar mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo sebelum berarak dan berkumpul semula di Dataran Merdeka.
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur. Kumpulan siswa itu juga turut membawa kain rentang yang bertulis‘Free education now!’, ‘Mahasiswa bukan robot’, ‘Mansuh PTPTN’ dan beberapa kain rentang lain.




 
 
Ohhh… Macam nie muka-muka yang akan memimpin Malaysia menjelang Wawasan 2020 nanti ekkk? Muka semua nampak macam bangsa Melayu jer…Bangsa lain? Hmmm… 1 Malaysia!
Banyak lagi gambar di sini! | 
KREDIT UNTUK MELVISTER

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story