Gambar, Spesifikasi & Harga Proton Preve Yang Lengkap, Laman Web Proton Bocor?


Sebelum nie Proton telah mendedahkan nama bagi keluaran terbaru mereka sebagai Proton P3-21A dan kali ini, sekali lagi pihak Proton mengumumkan yang nama sebenar untuk model Proton terbaru, Proton P3-21A adalahProton Preve.
Maksud Proton Preve ini diambil dari perkataan ‘Preve’ yang diubah suai daripada perkataan asal bahasa Inggeris (Proof) yang membawa maksud‘bukti’. Tapi ada juga yang mengatakan maksud ‘Preve’ ini diambil dari bahasaSepanyol, Prevé yang membawa maksud ‘memperuntukkan’. Musykil jugak dengan andaian-andaian semua nie kan? Hehehe…
Tapi, walau apa pun maksud sebenar Proton Preve ini, memang tidak dinafikan yang Proton Preve ini nampak lain dari yang lain dari model Proton sebelum ini yang nampak lebih kemas dan korporat.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohamad Tahir memberitahu yang Proton Preve akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bulan ini dan dijangka mula dipasarkan kepada orang ramai dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum di eksport ke Australia dan negara Timur Tengah.

Spesifikasi Proton Preve Malaysia 2012

Gambar ini diambil semasa laman web Proton Edar mendedahkan spesifikasi dan harga bagi Proton Preve tetapi tidak sampai 15 minit, data untuk Proton Preve dibuang semula.

Harga Proton Preve CVT Executive Malaysia 2012


Harga Proton Preve CVT Premium Malaysia 2012

Harga Proton Preve Manual Malaysia 2012

Harga Proton Preve ini di’download semasa laman web Proton Edar mendedahkan spesifikasi dan harga bagi Proton Preve tetapi tidak sampai 15 minit, data untuk Proton Preve dibuang semula.
Sumber Gambar : Facebook

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story