GUNA BERSIH UNTUK RAMPAS PUTRAJAYA


GANAS DAN MELAMPAU.... Peserta perhimpunan haram, yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil, bertindak liar dengan membaling objek dan menendang sebuah kenderaan polis di hadapan Pusat Membeli-belah Sogo, di Kuala Lumpur, semalam.


 PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perhimpunan Bersih yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam membuktikan keinginan pembangkang mengambil alih Putrajaya.
 
“Perhatian mereka bukan mengenai pilihan raya yang  bersih dan adil sebaliknya mereka mahu menunjukkan kerajaan sedia ada seolah-olah melakukan perkara yang tidak baik.
 
“Itu sebabnya mereka menolak apabila ditawarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di Stadium Merdeka dan mahukan Dataran Merdeka.

“Mereka mahu menunjukkan berlakunya konfrontasi dengan polis dan membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Najib yang menyedari niat sebenar di sebalik perhimpunan itu turut menasihati peserta perhimpunan supaya memberi perhatian yang lebih kepada kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki di Mount Kiara daripada membuang masa di Dataran Merdeka.

“Daripada anda membuat konfrontasi dengan pihak polis lebih baik anda membantu polis mencari kanak-kanak lelaki yang terlibat dalam kes penculikan di Mount Kiara baru-baru ini.

“Saya telah memasukkan berita mengenai penculikan ini dalam laman media sosial dan maklum balas yang diterima ke atas kes ini lebih banyak berbanding Bersih,” katanya.

Perhimpunan Bersih 3.0 merupakan kesinambungan daripada Bersih 2.0 dan dijalankan secara serentak di seluruh negara sebagai desakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia untuk mengembalikan hak rakyat mendapatkan satu pilihan raya bersih dan adil seperti yang sepatutnya.

Pemimpin Bersih dan pengamal undang-undang pembangkang berjanji bahawa perhimpunan itu akan diadakan secara aman malah tidak akan mendatangkan kekecohan dan rusuhan seperti yang berlaku sebelum ini. (Utusan Borneo)


Sumber: 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story