JPN Jawab Isu MyKad Bertarikh Luput


Berhubung isu gambar ‘MyKad‘ bertarikh luput yang tersebar di laman sosial facebook baru-baru ini, pihak Jabatan Pendaftaran Negara tampil membuat penjelasan bagi mengelak salah faham tentang isu tersebut.


Menurut pihak JPN, MyKad bertarikh luput yang tertera perkataan ‘Pemastautin Sementara’ tersebut adalah MyKad lama yang dikeluarkan pada tahun 2001. Pada masa tersebut pihak kerajaan belum ada mengeluarkan MyKad pelbagai jenis untuk warganegara, permautautin tetap dan pemastautin sementara. Bagaimanapun pihak JPN mengesahkan bahawa pemegang MyKad Bertarikh luput tersebut bukanlah pengundi berdaftar dan tidak layak mengundi pada PRU13 nanti.

Gambar di bawah adalah contoh MyKad Penduduk Tetap atau pemastautin tetap yang dikeluarkan oleh pihak JPN pada tahun 2006. Dalam Mykad tersebut tertera perkataan’Pemastautin Tetap’.


Gambar di bawah ini pula adalah MyKad Pemastautin Sementara yang dikeluarkan pada tahun 2009. Dalam MyKad tersebut tertera perkataan ‘Pemastautin Sementara’.



Menurut pihak JPN, pemegang kedua-dua MyKad ‘Permastautin Tetap’ dan ‘Pemastautin Sementara’ tidak dianggap warganegara Malaysia. Diharap isu ini tidak dipanjangkan setelah pihak JPN Jawab Isu MyKad Bertarikh Luput tersebut. - FB

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story