KONTROVERSI BOB KUMAN SAKIT DAN PENERBIT DAVID TEOH


Kontroversi Bob Kuman Sakit Dan Penerbit David Teoh tak langsai hutang. David Teoh menjawab tuduhan Bob Kuman yang mendakwa beliau mengabaikan masalah kesihatan pelakon itu yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak di Hulu Langat, Selangor pada penghujung tahun 2010.

Bukan janji, tetapi pasti saya sudah melangsaikan semua bayaran lakonan yang dibintangi Bob Kuman. Kalau benar lakonannya belum dibayar, saya minta dia segera berjumpa saya dan akan memberikan tambahan 10 peratus faedah terhadap bayaran tertunggak seperti didakwa,”


Harian Metro semalam melaporkan Bob Kuman mendakwa produksi milik David tidak mempedulikannya sehingga dia terpaksa berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.

Menurut David, beliau kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Bob Kuman itu sambil memberitahu yang pihaknya sudah pun melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi berjumlah RM5,000 ketika melawat Bob Kuman di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur tahun lalu.

1 comments:

Hpmurah2u said...

camtu rupenye...

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story