Lelaki Gigit Ular Sawa Semasa Di belit


NAIROBI – Seorang lelaki warga Kenya menggigit seekor ular sawa yang membelitnya menyebabkan dia diheret haiwan itu di atas sebuah pokok, lapor media tempatan semalam.
Lelaki itu yang merupakan seorang pengurus ladang, Ben Nyaumbe sedang melakukan kerja tetapi dia tidak menyedari kehadiran reptilia yang mencari makan.
“Saya terpijak satu objek di atas tanah, tiba-tiba kaki saya dibelit seekor ular sawa,” katanya.
“Saya kemudian terpaksa menggigitnya,” kata Nyaumbe.
Ketika berada di atas pokok, ular itu melonggarkan cengkamannya dan peluang itu diambil oleh Nyaumbe yang mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar sebelum membuat panggilan kecemasan.
Seorang penyelia Nyaumbe tiba bersama seorang anggota polis.
Nyaumbe kemudian menutup kepala ular tersebut dengan menggunakan baju manakala para penyelamat menarik ular tersebut dengan tali sehingga ia jatuh ke tanah.
“Saya dan ular itu jatuh berdebab,” katanya yang cedera di bibir.
Ular itu bagaimanapun meloloskan diri daripada tiga helai guni yang diguna untuk mengikatnya – Reuters

1 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

bahaya2..
Pokok Manggis Depan Rumah

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story