Wanita Mirip Diana Danielle Terima Seluar Dalam Lelaki Terpakai


Memiliki wajah jelita persis artis terkenal Diana Danielle memberi tekanan emosi kepada seorang gadis apabila diganggu peminat misteri yang mengirimkan pelbagai barangan, termasuk seluar dalam dan ayam hidup ke rumahnya.



Suspek mula mengganggu gadis yang mahu dikenali sebagai Wani, 21, itu sejak dua minggu lalu dengan menghantar pelbagai barangan seperti cincin dan rantai leher dengan meletakkannya di dalam peti surat di rumahnya di Setapak Jaya.

Mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat teknologi maklumat berkata, peminat misteri itu kerap menghantar objek pelik ke rumahnya, terutama ketika dia keluar bekerja.

Mangsa dikatakan menerima 4 'hadiah' dalam tempoh kira-kira 2 minggu.

Gangguan pertama apabila dia mula menerima sekeping nota yang dikerat berbentuk hati dalam peti suratnya tertulis :
Diana Danielle, From Secret Admirer

Pada 21 Februari 2012, mangsa menemui lagi sampul surat dan dalamnya terdapat sehelai seluar dalam lelaki yang terpakai dan terdapat nota yang tertulis DIANA DANIELLE.

Pada 25 Februari, beliau menerima bekas kacamata dan didalamnya terdapat sebentuk cincin, seutas rantai tangan, 2 keping gambar lelaki berukuran passport dan nota yang dipotong berbentuk bulat. Apa yang menariknya, dihadapan nota tersebut tertulis nama penyampai berita TV3, Pang Chin Fei dan dibelakangnya tertulis 'I Love U".

Dan kali terakhir, beliau menjumpai sebuah beg kain digantung luar pagar rumahnya dimana didalamnya terdapat seekor ayam jantan dan 2 ekor ayam betina hidup.

Yang menariknya ialah, menyedari gadis ini tidak seperti mirip Diana Danielle, namanya telah ditukar kepada Pang Chin Fei.

Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

foto peminat misteri yang sering mengganggu Wani.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story