Betul ke Abby Abadi Masuk PAS?




Kini telah tersebar di dunia facebook bahawa Abby Abadi telah menyertai PAS. Dia telah mendaftar menjadi ahli pas baru-baru ini tetapi tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan menerusi facebook peribadi miliknya. Tatau lah dari mana mereka mendapat informasi tersebut tetapi rasanya itu semua berlaku selepas tersebarnya gambar di atas dan kat bawah baru-baru ini.


Antara gambar yang mengaitkan Abby Abadi menyertai PAS kat bawah neh ;




Apa pun jika benar Abby Abadi menyertai PAS itu adalah hak dan keputusan peribadi miliknya. Sesiapa pun tak berhak menghalang keputusan yang telah dia buat. Tetapi kalau boleh biarlah kenyataan rasmi keluar daripada mulut Abby Abadi sendiri. Jangan buat andaian melulu berdasarkan kepada gambar-gambar yang disebarkan. Lebih elok tuan punya badan mengesahkan hal tersebut.

Kalau nak sebarkan satu2 isu sekalipun samada ia perkara baik ataupun perkara sebaliknya perkara yang perlu diberikan penekanan ialah kebenaran. Tak kisahlah samada dia buat perkara jahat ataupun baik yang penting hanya sampaikan perkara yang betul dan benar.

Apa pun andai benar Abby Abadi telah menyertai PAS sebagai wadah untuk berpolitik, tahniah kita ucapkan. Semoga Abby Abadi boleh berdakwah menerusi lakonan pula pada masa2 akan datang. :) sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story