Bot Karam - Tiga sekeluarga mati lemas


Gambar Hiasan
LAHAD DATU 1 Mei - Tiga sekeluarga mati lemas, manakala lima lagi terselamat apabila bot yang mereka naiki untuk berkelah sempena cuti umum Hari Pekerja karam di Pantai Kahapan, Tungku dekat sini hari ini.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu ialah Noristikoma Sadik, 18, dan Norhayati Hassan, 50, manakala seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Ani Udin, 17, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Daerah Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Shamsudin Mat berkata, mereka seramai lapan orang telah ke pantai itu untuk berkelah sebelum memutuskan menaiki bot bagi bersiar-siar di sekitar pantai itu.

“Bot itu tiba-tiba karam, lima daripada mereka berjaya berenang menyelamatkan diri," katanya. - UTUSAN 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story