J.LO TINGGALKAN AMERICAN IDOL


J.LO Tinggalkan American Idol
JENNIFER LOPEZ atau J.LO dilaporkan sudah bersedia untuk meninggalkan Ryan Seacrest, Randy Jackson, Steven Tyler dan seluruh produksi American Idol. Menurut satu sumber yang memberi pengesahan kepada Us Weekly, bintang terkenal itu sudah bersedia untuk tidak menyambung khidmatnya sebagai juri program tersebut sejak terbabit pada tahun 2010.
“Dia agak menyesal kerana tidak boleh terus bersama program tersebut lagi. Dia menganggap perjalanan bersama American Idol sebagai pengalaman yang cukup luar biasa dan hebat. Dia bersyukur kerana pernah terlibat dalam produksi tersebut,” ujar sumber tersebut.
Sumber tersebut juga menambah bahawa penyanyi itu mempunyai banyak agenda karier sendiri sehingga menyebabkan dia meninggalkan program realiti itu.
Pada hujung tahun ini, J.LO akan memulakan konsert jelajahnya merangkumi 20 buah bandar di Amerika Syarikat dan Amerika Latin bersama Enrique Iglesias selain sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya.
Janda Marc Anthony itu juga dikatakan bakal terlibat dalam beberapa buah filem termasuk animasi Ice Age 4: Continental Drift.
J.LO sendiri dalam satu temu bual baru-baru ini mengaku bahawa dia terlalu penat dan berusaha memberi keseimbangan terhadap kehidupan dan kariernya. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story