JURUTERBANG MAIN CINTA DENGAN PEMBANTU PUNCA PESAWAT TERHEMPAS


NEW YORK – Seorang juruterbang, Kapten Marvin Renslow bermain cinta dengan pembantu juruterbangnya, Rebecca Shaw sebelum pesawat yang dikendalikan mereka terhempas sehingga mengakibatkan 50 orang maut di sini pada Februari lalu.
Pendedahan itu dilakukan sebelum satu pendengaran awam bermula bagi menyiasat punca nahas pesawat tersebut.
Renslow yang berumur 47 tahun dan Rebecca, 24, turut terbunuh dalam nahas yang melibatkan pesawat Bombardier Q400.
Pesawat itu terhempas ketika ia mendekati Lapangan Terbang Buffalo di sini.
Menurut akhbar New York Post kelmarin, berdasarkan rakaman suara, kedua-dua juruterbang itu bergurau senda.



Mereka bergurau senda walaupun Pihak Berkuasa Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk melarang sebarang perbincangan antara juruterbang itu dilakukan di bawah ketinggian 3,048 meter.
Menurut akhbar itu, satu transkrip perbualan mereka akan menjadi bukti untuk mengukuhkan hujah berhubung punca pesawat Bombardier Q400 terhempas. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story