NIK AZIZ PENYOKONG BOLA SEPAK KELANTAN SEJATI


Piala FA: Jangan Lupa Solat – Nik Aziz Pesan Kepada Penyokong RedWarrior

Peminat bola sepak Kelantan diminta menjaga keselamatan dan nama baik negeri itu pada pertandingan akhir Piala FA di mana pasukan negeri akan bertemu Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta peminat bola sepak Kelantan supaya menjaga keselamatan pergi dan balik semasa menonton perlawanan akhir bola sepak itu, serta menjaga nama baik negeri.

Gambar Nik Aziz Penyokong Kuat RedWarrior
Gambar Nik Aziz Penyokong Kuat RedWarrior

“Mereka patut menjaga nilai-nilai semangat kesukanan yang sebenar di jiwa mereka serta menghargai apabila mereka diberi cuti peristiwa selama sehari Ahad ini sempena perlawanan bola sepak itu,” katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini. Kira-kira 50,000 peminat bola sepak dari negeri itu dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors itu.

Kerajaan negeri juga mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa bagi memberi peluang kepada penyokong Kelantan pulang dengan selesa selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.

Beliau berkata, selain menjaga keselamatan sepanjang perjalanan, rakyat negeri itu yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga perlu menjaga nama baik negeri Kelantan sesuai dengan nama jolokannya sebagai ‘Serambi Mekah’.

“Mudah-mudahan Allah selamatkan pemain kita. Sentiasa ingat kepada Allah. Dalam permainan kita jangan tinggal sembayang.

“Jaga tata tertib, mudahan Allah selamatkan kita semua baik pemain mahupun penonton,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuatkan di Facebooknya hari ini. -KL Today


Video Nik Aziz Beri Amanat Kepada Penyokong Kelantan RedWarrior


sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story