Tragedi Himpunan Belia 2012 – Dua Penonton Cedera Parah (Foto+Video)


Tragedi Himpunan Belia 2012 – Dua Penonton Cedera Parah | Hari ini merupakan hari terakhir bagi program Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung sejak dari 23 Mei lalu di Putrajaya.  Pada masa yang sama, ada satutragedi rempuhan telah berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi. Boleh tonton video di atas. Aksi rempuhan adalah minit ke 5.20.
Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan. Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.Sementara itu pemandu kereta berkenaan telah lari dan belum dapat dikesan.Dilaporkan juga acara untuk motorsikal yang dijadualkan berlangsung hari ini dibatalkan ekoran tragedi tersebut.
Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan di Putrajaya yang dikatakan mempunyai 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini.
sumber: Melayukini.net 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story