Anzalna Nasir Artis Baru, Tapi Bukan Terlalu Baru


Siapakah Anzalna Nasir? Namanya disebut oleh ramai pihak baru-baru ini akibat kenyataan ‘panas’ dia terhadap Neelofa.
Namun, masih ramai yang tidak kenal mengenali dia.  Ada yang beranggapan dia artis yang terlalu baru. Memang dia baru, tapi tidaklah terlalu baru.
Nur Anzalna Md Nasir, 24 merupakan pelakon dan model yang mula mencipta nama selepas menjadi finalis Dewi Remaja tahun 2010.
Antara drama-drama yang telah menaikkan namanya seperti Mahabbah, Amukan Pocong, Gemersik Kalbu dan Ramadhan Terakhir.
Selain itu, dia turut membintangi filem Sepah The Movie sebagai pelakon utama.
Pemegang diploma dalam bidang pengajian Bahasa Perancis dari Launceston College, Australia itu turut menjadikan bidang pengiklanan sebagai sumber rezeki.
Antara iklan-iklan yang dilakonkan oleh Anzalna seperti Safi Balqis, Celcom, Franch Oil dan ECPI.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu mula menjadi popular apabila namanya disebut oleh ramai pihak akibat dari isu pembongkaran perangai buruk Neelofa ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja satu ketika dahulu.
Isu ini mula menjadi serius apabila Neelofa memberi kenyataan balas dengan menyatakan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Anzalna itu.
Nampaknya, nama Anzalna naik bukan dek kerana lakonan-lakonannya, sebaliknya oleh gosip yang melanda dirinya.



0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story