Duit Syiling Sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong


Duit Syiling Sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke 14. Bank Negara Malaysia pada hari ini telah mempersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim tiga keping wang syiling peringatan sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pada 11 April 2012 yang lepas. Wang syiling berkenan disampaikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara pagi tadi. Turut serta adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun.
Menurut Sumber, duit syiling ini adalah edisi terhad dan bukan untuk dijual.


Sumber: Duit Syiling Sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong | melvister.com 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story