Ezad Lazim Telah Bertunang, Bakal Langsungkan Pernikahan Dengan Pengurus Sendiri

Pada 1 Jun 2012, Ezad Lazim, penyanyi solo yang sebelum ini merupakan vokalis kumpulan Exists telah mengikat tali pertunangan. Tunang beliau, Asliza Abdullah juga merupakan pengurus Ezad sendiri.


Majlis pertunangan di adakan di rumah pihak perempuan dalam majlis yang serba ringkas. Hanya keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja yang di jemput bagi meraikan majlis yang istimewa bagi pasangan ini.
Ezad menyatakan majlis pernikahan mereka akan berlangsung bulan hadapan pada tarikh yang belum ditetapkan.
Apa pun tahniah diucapkan kepada Ezad dan pasangan semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin. Kredit gambar Facebook Ezad Lazim.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story