Fahrin Ahmad Dan Carmen Soo Di Majlis Pembukaan Cawangan Uniqlo Yang Kelima Di Malaysia

Carmen Soo besar kemungkinan ialah pelakon wanita paling jelita di Malaysia, dan beliau bukan saja popular di negara ini, malah di Filipina. Pernah digosipkan dengan pelakon kacak Filipina Jericho Rosales, Carmen bakal muncul dengan filem 3D tempatan, The Hunter dan filem keluaran HBO Asia, Dead Mine tidak lama lagi. Manakala Fahrin Ahmad mencanak kembali popularitinya disebabkan drama lakonannya dengan Fasha Sandha, Seindah Sakura sedang ditayangkan dan mendapat sambutan hangat.

PhotobucketPhotobucketDua selebriti jelita dan kacak ini telah mengacarakan majlis pembukaan cawangan Uniqlo yang kelima di Malaysia di Mid Valley Megamall semalam. Tertanya juga sama ada produksi drama di Malaysia tidak berminat mengambil Carmen berlakon drama tempatan seperti di slot Akasia, Zehra dan lain-lain. Kebolehan Carmen telah terbukti apabila namanya harum setelah berlakon telenovela di Filipina. Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar,Facebook Saiful Mohamad.
***
Jangan lupa ke Karnival Belia Berbudaya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 bertempat di Pentas Utama, perkarangan Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mulai jam 3.00 hingga 6.00 petang, 26 Mei 2012 (Sabtu). Terdapat pelbagai aktiviti menarik serta persembahan dari Azlan Typewriter, Shila Amzah, Sukidan Reshmonu. Juga ditampilkan Kumpulan Drumline, Kumpulan Pergendangan Tradisional, Kumpulan Pergendangan Pelbagai Kaum’ Kumpulan Dikir Kreatif, Persatuan Silat Cekak, Seni Bela Diri Silambam, Seni Bela Diri Wushu, Wakaka Crew dan Kumpulan Muzik Hip-hop. Hadiah menarik menanti anda! Mari bersama memeriahkan Karnival Belia Berbudaya KPKK!
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story