Gambar Paris Hilton Yang Hot



SEJAK beberapa minggu kebelakangan ini dia sering dilihat berparti dengan hanya memakai bikini atau pakaian yang menjolok mata dan hadir festival muzik Coachella dan Miami bersama teman lelakinya Afrojack.Tapi nampaknya Paris Hilton nampak berlainan sedikit ketika menghadirkan diri dalam satu acara keluarga di The Grove, baru-baru ini.


Wanita berusia 31 tahun itu kelihatan seperti bidadari dengan gaun putih daripada rekaan ibunya ketika dia dan dua ibu saudaranya, Kim dan Kyle Richards menemani Kathy untuk perasmian label pakaiannya di Nordstrom.Paris mengenakan gaun putih tanpa lengan di bawahnya dan lapisan dari kain chiffon di luar yang dihiasi fabrik kecil berwarna putih Gaun paras lutut itu kelihatan cantik dan sangat sesuai dikenakan oleh Paris yang bertubuh langsing.


Dia memadankan pakaian serba putihnya dengan sepasang kasut tumit tinggi warna kuning air dan subang berlian yang agak konservatif.Sementara itu, ahli keluarganya yang lain turut mengenakan pakaian stail musim panas yang direka oleh Kathy.Ibu Paris juga kelihatan cantik mengenakan pakaian rekaannya sendiri, gaun maxi ala bohemian berwarna coklat muda yang mempu�nyai potongan leher luas dan menjadikan wanita itu lebih muda daripada usianya yang sudah mencecah 53 tahun.turut hadir di majlis itu adalah adik Kathy, Kyle dan Kim yang turut mengenakan pakaian rekaan 


Kathy.Kyle yang berambut perang mengenakan gaun tanpa lengan, manakala Kim pula memilih baju maxi dengan potongan leher luas berwarna hijau yang dipadankan dengan rantai manik.Wanita berusia 47 tahun itu semakin sihat dan gembira setelah dulu dimasukkan ke pusat pemulihan kerana ketagihan alkohol.Februari lalu, Kim bercerita mengenai usahanya untuk melawan penyakitnya itu yang menyebabkan dia dimasukkan ke pusat pemulihan untuk kali ketiga


.Bintang The Real House�wives of Beverly Hills itu muncul dalam rancangan perjumpaan di mana dia diwawancara mengenai usahanya untuk pulih dari ketagihan.Selepas mengaku yang dia ketagih alkohol, dia berkata: “Saya rasa sangat bersalah dan malu atas kelakuan saya dan apa yang saya sudah buat. Kemudian saya akan minum untuk tutup rasa bersalah dan malu.”Ketiga-tiga mereka sangat rapat dan sering dilihat bersama-sama menyokong 



Kim ketika dia dalam kesusahan.Sementara itu, setelah berminggu-minggu dalam tanda tanya, hujung minggu lalu, Paris akhirnya mengaku dia berpacaran dengan deejay Afrojak setelah pasangan itu dilihat bercumbu ketika menonton persembahan kumpulan Coachella.Untuk majlis hari ini, Kyle membawa bersamanya anak perempuannya yang berusia empat tahun, Portia. Sahabat keluarga itu, La Toya turut hadir di majlis itu.Kesemua ahli keluarga itu menjadi model untuk koleksi pakaian rekaan Kathy di hadapan penonton yang hadir.Rekaan koleksi Kathy boleh didapati di Saks, Neiman Marcus dan Nordstrom.





0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story