Nenek Berusia 66 Tahun Lahirkan Bayi Kembar 3 Di India



impian Bhateri Devi untuk memiliki buah hati selama puluhan tahun akhirnya tercapai. di usia 66 tahun, ia melahirkan tiga anak sekaligus, setelah berumah tangga lebih 44 tahun.Persalinan ini membuatnya menjadi wanita tertua di dunia, yang melahirkan anak kembar tiga.

Wanita yang tinggal di Haryana, India, ini telah melalui tahun-tahun penantian untuk mempunyai seorang anak. Pelbagai program kesuburan hingga aneka tips dalam mitos ia cuba. Tak ada yang berjaya.

Si suami, Deva Singh, malah menceraikannya dan berkahwin lagi dengan dua wanita demi mendapat anak.

Walau berstatus janda, keinginan Bhateri Devi memperoleh anak tetap membara.ia mencari jalan melalui bayi tabung Dua kali persenyawaan yang terjadi gagal. Namun, ia tak putus asa.

Percubaan ketiga membuahkan hasil. Ia nekad meminta doktor mencangkok tiga embrio sekaligus ke dalam rahimnya. Dengan pelbagai risiko, ia akhirnya melahirkan dua bayi laki-laki dan seorang bayi perempuan di Pusat Fertilitas Nasional (NFC) India

"Si kembar tiga adalah kebetulan yang membahagiakan. Bhateri telah dua kali gagal apabila dua embrio dipindahkan ke rahimnya. Pada usaha ketiga kami menanamkan tiga embrio dan berjaya, ucap Dr Anurag Bishnoi dari NFC seperti dikutip metro.co.uk.

Oleh pasukan perubatan, proses bayi tabung ini telah didokumentasikan untuk kajian perubatan, sekaligus sebagai contoh bahawa seorang wanita 66 tahun berjaya melahirkan tiga orang bayi sihat sekaligus

Walaupun proses menakjubkan, kehamilan dan persalinan pada wanita lanjut usia itu bukan kes pertama

Rajo Devi, wanita India berusia 70 tahun, juga melahirkan seorang bayi perempuan bernama Naveen Lohan di Pusat Kesuburan Nasional. Kini, bayinya telah memasuki usia 18 bulan.

Sejak berdiri, Pusat Kesuburan tersebut telah menolong lebih dari 100 wanita di atas 50 tahun. "Lebih dari 100 orang melahirkan di atas usia 50 tahun tanpa kes kematian perseorangan baik ibu atau anak," kata Dr Bishnoi.

Walaupun begitu, pelbagai masalah menghadang para ibu 'tua'. di antaranya meninggal sebelum anak lebih besar serta masalah kesihatan yang lain. 



2 comments:

MrPingu Gonzalesz said...

hebat~~~~

Anonymous said...

dia guna sperma budak laki kot, tu dapat byk anak
selalu pemanian beradas ni amek sperma yg diderma budak2 muda sebab subur

kesian bayi2 tu ada mak umur 66 tahun bapak tak tau sape

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story