PELAKON KILAFAIRY MUNCUL DENGAN LAGUNYA YANG BERENTAK BOLLYWOOD


KUALA LUMPUR: Pelakon Kilafairy menganggap sudah tiba masanya untuk dia muncul dengan sebuah lagu seperti Bollywood untuk kepuasan dirinya sendiri.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 20, berkata, dia begitu teringin untuk memiliki lagu berkonsepkan sedemikian kerana meminati muzik itu sejak kecil lagi.
“Diakui saya memang ‘gila’ dengan lagu-lagu Bollywood. Cakaplah lagu apa sahaja, saya boleh membawakannya dengan baik.
“Sebab itu saya teringin untuk merakam sebuah single lagu Bollywood. Mana tahu, lagu yang saya bawakan itu mampu menarik perhatian peminat-peminat tegar Bollywood,” selorohnya.
Tambah Kilafairy, dia menganggap memiliki darah keturunan Pakistan juga mungkin menjadi salah satu punca dia meminati muzik tersebut.
Bagaimanapun, buat masa ini, pelakon filem Hoore! Hoore! itu berkata, dia akan muncul dengan single keduanya yang berjudul Pasti, ciptaan penyanyi Amylea Azizan tidak lama lagi.
“Sebelum keluar dengan lagu Bollywood, saya perlu memastikan bahawa peminat-peminat sukakan saya sebagai penyanyi dan juga pelakon.
“Ini hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran dan oleh itu saya meminta bantuan Amylea untuk menghasilkan lagu Pasti.
“Lagu tersebut adalah genre ‘R&B Soul’ dan saya harap para peminat menyukainya,” ujar Kilafairy yang juga pernah tampil bersama kumpulan Roman menerusi lagu Bila Terasa.
Dalam pada itu, lagu Pasti juga mempunyai versi bahasa Inggeris dengan menggunakan judul Always Be.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story