Abby Abadi Lontarkan ‘Persoalan’ Untuk Wanita…Nak Jawab?


Abby Abadi
Kontroversi mengenai diri pelakon wanita, Abby Abadi nampaknya bukan semakin surut.
Satu-persatu yang menjengah dalam kehidupan ibu tunggal anak tiga itu.
Bermula dengan penghijrahannya dengan memakai hijab, semua pihak khususnya peminat-peminatnya gembira dengan niat dan hijrah yang dilakukan oleh Abby.
Dari saat itu, Abby tampil manis dengan bertudung ke mana sahaja dia pergi.
Sejak itu juga, wajah dan diri Abby jarang nampak dalam drama tempatan atau dunia filem atau pun iklan-iklan komersial.
Kegembiraan Abby datang sekali lagi apabila dia berjaya membuka perniagaannya sendiri dengan menjual kelengkapan persalinan telekung kepada kaum Muslimah.
Bagi penulis, itu salah satu pencapaian yang bagus dalam diri dan hidup Abby kerana Allah S.W.T telah membuka pintu rezeki kepadanya.
Selain itu, Abby juga banyak menghadiri kelas-kelas keagamaan dalam kehidupan sehariannya.
Termasuklah menghadiri ceramah-ceramah agama yang dianjurkan oleh parti Pas.
Mulalah dari situ ramai yang memperkatakan Abby sudah pun masuk ke dalam parti itu.
Tetapi, dia menafikan kenyataan itu dan menyatakan dengan tegas, dia hanyalah dalam proses untuk mendalami ilmu agama untuk akhirat kelak.
Semalam, dengan sah, Abby telah pun menyertai parti Pas.
Bagi penulis, itu adalah hak Abby sendiri untuk memilih jalan hidupnya. Kalau itu yang dia pilih, mungkin itu jugalah yang mampu memberikan kebaikan dan kabahagian kepada dirinya.
Jadi, tak usahlah kita persoalkan keputusan yang dia buat.
Cuma semalam, Abby ada mengeluarkan kenyataan di Twitternya mengenai wanita yang tidak bertudung. Katanya:
“Nape yer ramai wanita yg rs xmnutup auratpun xpe,?free hair tu x bdosa? Ada bule bgtau sbbnya knapa? Kita share2 je.. Nk tahu buleh?”
Apa komen anda? Silakan.
Oleh: NAIMAH SHAARI

1 comments:

Anonymous said...

kening trim x berdosa ke abby oi?

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story