Artis Malaysia Pergaduhan Neelofa dan Anzalna Selesai Secara Baik


Kontroversi pertelingkahan berlaku, artis Malaysia Anzalna Nasir akhirnya memohon maaf secara terbuka pada 2 Julai 2012 sekitar jam 1.45 petang kepada Neelofa kerana memfitnah pelakon itu menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun lalu. Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 24, turut mengakui tidak mempunyai bukti terhadap segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Neelofa tetapi ia bukan bermaksud untuk mengaibkan sesiapa.




Suasana di sidang media khas anjuran SENIMAN, Hotel Royale Chulan, KL (Anzalna - Kiri, Neelofa - Kanan)


“Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya. Saya akui tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika mengeluarkan kenyataan di akhbar tersebut. Sejujurnya saya tidak bermaksud apa-apa dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu,” katanya ketika meminta maaf secara terbuka kepada aktres itu dalam sidang media khas anjuran Persatuan Seniman Malaysia di Hotel Royale Chulan di sini, petang Isnin.


Kenyataan maaf secara terbuka itu turut disaksikan Neelofa, Presiden Seniman Zed Zaidi dan peguam masing-masing. Kedua-dua selebriti, Anzalna & Neelofa telah pun selesai berdamai dan surat kedua-dua belah pihak telahpun bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu yang berlaku. Namun begitu, kedua-dua mereka dilihat tidak bersalam damai.



Source : OhbulanBeautifulnara

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story