Boleh Tak Sesiapa Bagitahu Apa Yang Apex Merepek Ni?


Rasanya belum ramai yang tahu mengenai video klip pendek yang dilakonkan oleh penjaga gol kebangsaan, Apex.
Klip selama 5 minit 8 saat itu dimuat naik semalam dan setakat berita ini ditulis, sudah pun hampir 12,000 kali ditonton.
Penulis baru tengok klip bertajuk Semua Boleh Bolt (Part 1) itu.
Seperti mana yang tertera dalam tajuknya, klip itu rasanya akan ada bahagian-bahagian seterusnya pada masa akan datang.
Selepas menonton, secara jujur dan ikhlas, penulis tak faham apa yang Apex sedang lakukan dalam klip camtu. Siap berlakon jadi jaga Nepal apa semua. Sekali imbas muka memang nak sama dah dengan kumpulan itu.
Apakah Apex dan teringin sangat hendak terjun ke bidang filem pulak ke?
Tak tahulah kalau bahagian seterusnya klip berkenaan akan menjadi menarik, namun setakat klip yang pertama ini, takda sekali pun rasa nak tergelak ke apa.
Apa pun, biarlah anda yang mungkin belum menontonnya menilai klip berkenaan yang kami letakan di bawah ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story