Buah hati Nia Ramadhani



PADA awal bulan lalu, pelakon popular Nia Ramadhani dan suaminya, Ardie Bakrie mendapat anak perempuan yang comel, Mikhayla Zalinda Bakrie atau dipanggil Mikha. Bayi seberat 3.13 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Pondok Indah, Jakarta.



 "Saya mahu lahirkan anak ini secara normal, walaupun berlaku sedikit kesukaran. "Tetapi suami kasihan melihat keadaan saya yang menanggung sakit, jadi suami setuju agar saya melahirkan secara pembedahan," ujar Nia.

Jelas Nia, pertama kali melihat wajah anak mereka yang comel itu, mereka berdua menangis. "Saya menangis, macam tak percaya yang saya sudah mempunyai anak. Ini adalah satu tanggungjawab yang cukup besar untuk saya galas selepas ini," katanya.



0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story