Gambar Kehidupan Liyana Jasmay Di NYC



Tak banyak kisah hidup penyanyi dan pelakon wanita kecil molek Liyana Jasmay yang timbul selepas dia berangkat ke New York City beberapa bulan lepas untuk menyambung pengajiannya di sana.
Kisahnya menjadi bualan hangat seketika sewaktu sebelum dan selepas dia mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Fathudin Mazlan.
Selepas itu, lagunya, Cinta Bersatu banyak dimainkan di corong-corong radio dan mejadi pilihan pendengar setiap masa.
Di sini, penulis paparkan beberapa keping gambar terkini Liyana Jasmay di sekitar bandar New York untuk menghilangkan kerinduan peminat-peminatnya.
Cuma, tak banyak gambar yang dikongsi bersama.
Mungkin Liyana sedang sibuk dengan kuliahnya.
Apa-apa pun, doa penulis buat Liyana, semoga pengajiannya berjaya dengan cemerlang dan segera pulang ke tanah air untuk bertemu dengan para peminatnya.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story