[Info] Kereta konsep Proton - Evolusi G mirip Lamborghini



Sebuah kereta proton telah membuat satu inovasi pembaharuan yang menjurus kepada reka bentuk. Reka bentuk yang dimaksudkan ini adalah Proton Evolusi G yang direka mirip seperti kereta Lamborghini.

Proton Evolusi G – Kereta Proton Berbentuk Lamborghini | Seperti yang kita sedia maklum, pihak proton baru sahaja mengeluarkan kereta terbarunya iaitu Proton Preve. Kini terdapat lagi sebuah kereta tetapi bukan untuk dipasarkan. Kereta ini dikenali sebagai Proton Evolusi G yang mana rekaannya berbentuk seperti kereta Lamborghini. 

Dikatakan kereta ini juga diubah suai dari model Proton Gen-2 dan menelan kos sebanyak RM8000 sahaja. Memang menarik dan kreatif. Seperti super car lamborghini. Jom lihat gambar-gambar Proton Evolusi G di bawah.





Memang sangat menarik kereta ini. Bahagian hadapannya memang jelas mirip seperti kereta Lamborghini. Lampu belakang pula ada mirip seperti Proton. Walaupun ia bukanlah kereta untuk tujuan dipasarkan, namun reka bentuknya berjaya menarik perhatian bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

sumber: informasi.my

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story