Lans Koperal Maut Rempuh Kedai



KUALA TERENGGANU: “Saya dengar bunyi dentuman dan terkejut apabila melihat kedai makan ayah runtuh serta ada sebuah kereta terperosok dalam dapur,” kata Abdul Hadi Hamzah, 21, anak pemilik kedai makan yang dirempuh kereta seorang anggota polis di Jalan Sultan Mahmud di sini, awal pagi, semalam.

Mangsa, Mohd Shahrizal Muhammad, 30, terbunuh selepas kereta Proton Inspira dipandunya merempuh kedai makan berkenaan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini, pada jam 3.05 pagi semalam. 
Kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman itu meranapkan kedai makan itu dan gerai menjual pisang goreng selain merosakkan lima kenderaan iaitu dua kereta dan tiga motosikal.
 

Menurut Abdul Hadi, bunyi rempuhan itu amat kuat menyebabkan mereka sekeluarga terjaga daripada tidur lalu bergegas keluar rumah selepas bekalan elektrik terputus.

Penuntut kimpalan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Marang, itu berkata ketika kejadian bapanya, Hamzah Harun, 51, dan ibu, Zainon Abdullah, 51, serta kakak tidur dalam bilik manakala dia dan dua adik tidur di ruang tamu. katanya. - mymetro

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story