Majlis Pernikahan Dan Persandingan Syafiqa Melvin, Ikon Gadis Melayu Musim Kedua



Pemenang program Ikon Gadis melayu musim kedua, Syafiqa Melvin, 23, telah pun selamat bergelar isteri kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, 52, dalam majlis pernikahan di rumah keluarga perempuan di Taman Seri Semarak, semalam.
Pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Parit Buntar, Mohd Khori Junus, jam 10.30 pagi dengan disaksikan lebih 50 tetamu. ini ialah gambar Syafiqa di majlis pernikahannya semalam:-

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Pada majlis sederhana tetapi meriah itu, Siti Nur Syafiqa atau lebih mesra disapa Fiqa menerima mas kahwin telekung serta al-Quran dan wang hantaran dalam bentuk cek yang tidak didedahkan jumlahnya.Fiqa menerima sembilan hantaran dan membalas 11 dulang hantaran.
Zainal Abidin, bapa kepada empat anak menduda selepas kematian isteri, Datin Shazarina Shamsuddin di Hospital Selayang akibat barah hati dan paru-paru pada 22 Disember 2010.
Manakala ini satu gambar dari majlis persandingan yang berlangsung pada hari ini:-
Photobucket
Setakat ini, inilah gambar yang kami temui. Sekiranya ada gambar yang lain, akan dikemaskini di blog ini nanti. Kredit gambar, Zulkifli Idris Photography. Manakala ini pula ialah gambar suami Syafiqa:
Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story