Manfaat Coklat Untuk Kesihatan


Coklat dengan kandungan kakao atau koko (biji coklat) yang lebih dari 70% memiliki manfaat untuk kesihatan, kerana coklat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Dengan adanya antioksidan, ia mampu untuk membunuh radikal bebas dalam tubuh. Banyaknya kandungan antioksidan di dalam coklat adalah 3 kali lebih tinggi daripada teh hijau, minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan.

Dengan adanya antioksidan, ianya menjadikan coklat sebagai salah satu minuman kesihatan. Fenol, sebagai antioksidan mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dapat membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung yang seterusnya secara tidak lansung mampu mencegah wujudnya risiko kanser dalam tubuh, mencegah terjadinya stroke dan darah tinggi. Selain itu kandungan lemak pada coklat yang berkualiti tinggi terbukti ianya bebas kolesterol dan tidak menyumbat pembuluh darah.

Coklat juga mengandung beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E. Selain itu, coklat juga mengandung zat mahu pun nutrisi yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Kakao/koko sendiri merupakan sumber magnesium semulajadi tertinggi. Jika seseorang kekurangan magnesium, masalah-masalah seperti hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit persendian dan masalah bulanan wanita iaitu pra menstruasi (PMS) mudah berlaku. Dengan memakan coklat ia mampu menambah kandungan magnesium dalam pengambilan nutrien harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita. Perkara ini dapat mengurangkan kesan negatif daripada PMS.

Coklat untuk kecantikan

Manfaat lain dari coklat adalah untuk kecantikan, kerana antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal, maka tidak hairan sekarang wujudnya skrub badan berasaskan coklat bertujuan untuk menjaga kecantikan kulit.

Jenis Coklat Paling Sihat

Banyak jenis coklat yang terdapat di pasaran. Ada yang harganya mahal, ada pula yang harganya murah. Apakah perbezaannya? Berikut ini perbandingan jenis coklat dan manfaat masing-masing.

Dark Chocolate/Plain Chocolate/Black Chocolate (Coklat Asli)

Dark Chocolate memiliki kandungan biji coklat (kakao) yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% mengandungi kakao. Dark chocolate memiliki kandungan kakao atau biji cokelat terbanyak, tanpa banyak gula dan tanpa lemak tepu atau minyak sayur terhidrogenasi (HVO).

White Chocolate (Coklat Putih)

White chocolate atau coklat putih mengandungi 20% kandungan cocoa butter atau lemak sayuran tanpa sebarang koko asli, sisanya adalah gula, susu dan vanila. Kandungan gula inilah yang dapat memberikan kesan negatif, seperti kerosakan gigi dan penyakit diabetes.

Milk Chocolate (Coklat Susu)

Milk chocolate atau coklat susu merupakan campuran kakao dengan susu dan ditambah gula. Kandungan koko ialah hanya 20%-25%. Coklat jenis ini juga sangat digemari kerana rasanya yang enak dan lazat.

Jangan Makan Coklat Sembarangan

Kesilapan yang sering dilakukan ialah membeli coklat yang berharga murah. Biasanya coklat sedemikian memiliki kandungan kakao (biji coklat) yang sedikit iaitu rata-rata kurang daripada 20%, bahkan ada yang kurang dari 7%. Coklat jenis ini juga memiliki kandungan gula yang tinggi, kandungan lemak tepu tinggi dan juga kadang-kadang mengandungi kandungan minyak sayur terhidrogenasi yang tinggi (HVO) sehingga mengakibatkan kerosakan gigi dan gangguan kesihatan seperti penyakit diabetes.

Produk coklat lainnya yang juga berbahaya dan buruk untuk kesihatan khususnya yang berupa fondant (biasanya digunakan untuk mendekorasi kue) dan praline. Fondant sebenarnya mengandung 100% pemanis dan praline juga sama kesan negatifnya.

Sebaik mungkin pilihlah coklat dengan kandungan gula yang sedikit agar korang dapat menikmati manfaat besar yang dimiliki coklat. Manfaat coklat sebenarnya terletak pada jenis coklat yang mempunyai kandungan koko yang tinggi. Jangan lupa, jaga kesihatan korang. Pastikan korang tahu coklat mana yang harus dipilih!

5 comments:

azu said...

adoii..cakaplah apa saja ttg coklat walopun bad things sekalipon..choc still the best food in my diet..love choc so much!hehe

Agen Xamthone Plus Medan said...

Hallo apa kabar ?

Agen Xamthone Plus Pangururan said...

Ikut gabung sini ya

Agen Xamthone Plus Padang Sidempuan said...

bagus banget infonya gan

Agen Xamthone Plus Panyambungan said...

salam kenal dan salam hangat selalu

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story