Mangsa Ragut Di Pulau Pinang Di Biar Orang Awan


Nampaknya tragedi sedih yang menimpa kanak-kanak malang Yue Yue, seorang budak perempuan di China yang di langgar dan dibiarkan kesakitan apabila orang ramai yang lalu lalang sekadar membiarkan mangsa kini berulang di Malaysia.

Kejadian ini berlaku pada 10 Julai 2012 apabila seorang wanita telah di ragut di Pulau Pinang. Wanita itu kemudiannya terheret ke tengah jalan dalam keadaan kesakitan. Lebih malangnya lagi apabila sekurang-kurangnya 5 orang awam yang lalu lalang di situ sekadar melihat mangsa dan membiarkan sahaja. Sehinggalah tidak lama kemudian ada seorang yang datang membantu dan menghubungi ambulans yang tiba sejam kemudian.
Sekurang-kurangnya 10 orang awam yang lalu lalang di situ sekadar membiarkan mangsa.

Selepas seorang awam yang perihatin menghubungi ambulans, barulah mangsa dialihkan dari tempat kejadian oleh dua orang penduduk tempatan berbangsa India.

Hari ini diberitakan wanita malang itu telah meninggal dunia 8 jam kemudian dihospital.

Fakta kejadian :
- Seorang balu berumur 60 tahun bernama Tan Kim Chuan yang baru sahaja dua minggu berpindah ke Rifle Range.
- Dia ragut pada jam 6.02 pagi oileh seorang bermotosikal dan di rakam oleh CCTV.
- Sekurang-kurangnya 5 orang telah lalu lalang dan membiarkan Tan Kim Chuan dalam keadaan kesakitan dan meminta tolong
- Mangsa meninggal pada jam 3.45 pagi selepas dikejarkan ke hospital kerana kecederaan di bahagian kepala yang teruk.

Persoalannya mengapa perkara ini boleh berlaku di dalam masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat penyayang?
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala sembilan jam kemudian di Hospital Pulau Pinang.

Di sinilah tempatnya dimana kejadian itu berlaku.

Pegawai penyiasat Asst Supt Wong Yeut Oon berkongsi rasa sedih Lay Yong (kakak Kim Chuan) di bilik mayat Hospital Pulau Pinang.
Kredit : SinChew, TheStar







bila aku tengok vedio nie, macam xde bezanya pun sikap segelintir rakyat malaysia dengan sikap yang ditunjukkan rakyat cina dalam vedio bawah nie..
|
|
|
|
|
V



dimana letaknya keperihatinan yang selama ini dipupuk dalam diri rakyat malaysia? 
so, korang fikirla sendiri..

bukan untuk menyalahkan sesiapa, just untuk mengembalikan keperihatinan yang kian pudar dalam diri kita semua termasukla saya sendiri.. sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story