Mick Jagger Bangga Tiduri 4,000 Wanita Jelita Termasuk Angelina Jolie

Mick Jagger ternyata bukan hanya sibuk berkarya, malah turut sibuk dengan 'aktiviti' lain sepanjang bergelar ikon rock.


Selama berdekad lamanya rahsia dalam selimut yang mengejutkan ini kekal menjadi rahsia sehinggalah Rolling Stones menyambut ulang tahun yang ke-50. wartawan dan penulis nombor satu paling laris New York Times, Christopher Andersen membongkar topeng sisi kehidupan Jagger yang jauh daripada pesona bintang rock ikonik dan enigmatik.

Dipetik dari laman Rumorfix, lagenda rock itu pernah meniduri lebih 4,000 wanita. Meskipun angka tersebut belum mampu memecahkan bekas pemain bola keranjang, mendiang Wilt Chamberlain yang telah meniduri hampir 20,000 wanita sepanjang hayatnya, namun angka yang dicipta Jagger itu tetap melibatkan angka yang besar.

"Mick Jagger pernah mengadakan hubungan seks dengan 4,000 wanita sepanjang hayatnya. Namun sekiranya ditinjau semula, angka tersebut masih lagi rendah," ujar Andersen.
Menurutnya lagi, bekas wanita pertama Perancis, Carla Bruni, Angelina Jolie, Uma Thurman dan Farrah Fawcett adalah antara selebriti kelas A yang pernah ditiduri Jagger. Malah beliau juga dikatakan pernah melakukan hubungan sejenis dengan seorang lagi lagenda rock, David Bowie yang disifatkan Chris sebagai 'pasukan seksual'.

"Mick pernah dalam satu temubual satu ketika dulu pernah berkata, "Semua orang tahu yang semua orang adalah biseksual," jelas Andersen lagi.

Buku tulisan Andersen, "Mick: The Wild And Mad Genius Of Jagger" ditulis berdasarkan temubual bersama teman rapat, ahli keluarga dan beberapa lagenda muzik dalam mahupun luar industri selain temubual bersama kesemua isteri dan bekas isteri iaitu Bianca Jagger dan Jerry Hall serta himpunan bekas kekasih Jagger seperti Marsha Hunt, Luciana Gimenez dan ramai lagi. sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story